Talam Jalamas - masam manis f

Breaking

Sep 10, 2014

Talam Jalamas


Talam amat sesuai sebagai hidangan untuk santapan pada waktu pagi atau juga sebagai hidangan minum petang. Jika dahulu talam boleh di kira dengan jari.. tapi kini kemunculan talam moden telah menyemarakkan lagi kuih muih tradisi.
Kata orang tak ada yang lama pasti tak akan adalah yang baru..
Walaupun muncul yang baru bagai cendawan tumbuh lepas hujan.. talam yang lama tetap terpahat di hati..



Hari ini muncul satu lagi talam moden yang popular dengan namanya jala mas. Talam yang di lapisi soon di tengahnya ini melengkapkan lagi koleksi resepi talam yang sedia ada..
Bagi pengemar talam pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya.


Kenapa di berikan namanya jalamas..?
Mungkin warna sson yang keemasan itu yang membuatkan perekanya menamakannya begitu sesuai dengan keunikkannya.

Resepi ini ita ambil dari blog Kak Yah. Terima kasih atas perkongsian..
Kuih talam ita ni ita rasa macam kurang manis, mungkin sebab lapisan coklat ita tu nipis sangat kot. Lain kali ita kena gandakan sikit bahagian coklat tu.

Peringatan ya, bahagian coklat tu untuk bahan A masak gula dan gula merah dengan air, bila dah masak sukat untuk dapatkan sukatan 130 ml kalau tak ia terlalu pekat kerana airnya dah sejat masa kita masak.Kalau nak lebihkan 150 pun ok!

Untuk lapisan putih pula kena kurangkan tepung beras tu, jika tidak adunan akan keras sangat. Ikut macam sukatan kak Yah 80 gm tepung beras dan 60 gm tepung hongkwee

Jika suka manis, bahagian lapisan tengah tu boleh lebihkan sedikit sukatan gula, kerana ia kurang manis pada ita la.. kalau yang tak suka manis sukatan ni dah ngam kot..


TALAM JALAMAS
Resepi dari : Kak Yah


Lapisan coklat

Bahan A
130ml air
125gm gula merah
25gm gula pasir
Masak semua bahan sehingga larut

Bahan B
2 biji telur
90gm tepung beras
40gm tepung gandum
10gm tepung ubi
200ml santan
Perisa pandan
Secubit garam
Pewarna coklat

Satukan semua bahan B dan campur dengan bahan A dan kacau.
Kacau di atas api sehingga naik wap dan sedikit pekat.(bahagikan kepada 2)
Masukkan 1 bahagian ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik dan kukus selama 10 minit.

Lapisan Tengah

Bahan C
115gm tepung beras (kakyah kurangkan 80gm..tepung beras habisss)
20gm tepung hongkwee putih (kakyah tambah menjadi 60gm)
600ml santan ~ 200 ml santan KARA campur air jadikan 600 ml
40gm gula

Bahan D
60gm sohon

Direndam dengan air panas dan dicampur dengan sedikit pewarna kuning.
Bila lembut (rendam 10 minit) guntingkan biar sedikit halus.
Masak bahan C sehingga pekat.
Angkat dari dapur dan campurkan dengan sohoon yang telah direndam.
Kukus di dalam loyang tadi selama 15 minit.

Lapis dengan bahagian berwarna coklat yang berbaki tadi selama 15 minit.
Sejukkan dan boleh dihidangkan.

*Kalau lapisan bercoklat sedikit pekat masukkan sahaja mengikut aturan dan untuk meratakannya tekan sedikit dengan plastik atau apa2 sahaja yang sesuai.




1 comment:

rossie's said...

Menggunakan Loyang size berapa?

Post Top Ad

test