KIA Optima K5 Cake - masam manis f

Breaking

Nov 28, 2014

KIA Optima K5 Cake


Assalamualaikum..
Salam kepada penghulu segala hari..
Kek lagi.. dan lagi dan lagi..
Maaf lah bagi yang tunggu resepi dari kak ita.. Minggu ni ita memang sibuk sangat.. sibuk menyiapkan tempahan kek.. siapkan figurine..  dan macam-macam yang berkaitan dengan kek..

Minggu ni memang banyak kek yang perlu ita buat figurine.. itu yang mengambil masa ita yang banyak.. Kadang makan pun tak sempat.. bukan makan aje tak sempat nak masak pun tak dan.. Mujur suami dan anak-anak faham.. Kadang suami dan anak-anak tolong ita masak.. hihi :)



Bukan sahaja banyak figurine yang ita kena sediakan.. tapi minggu ni juga banyak ita kena buat kek Rusian Black and White.

Terima kasih pada yang membuat tempahan.



Hari ni ita kena sediakan kereta Kia Optima K5. Ita ni bukan pandai sangat nak buat kereta. Jenis kereta pun ita tak berapa tahu sebenarnya. Mujur suami banyak bagi tahu ita rupa kereta tu macam mana.. Ita juga rujuk gambar di google untuk dapatkan bentuk sebenar. Tapi faham-faham ajelah kan.. bentuknya pasti tak sama dengan yang asal.. hihi ^_^

Menurut tuan empunya kek.. kereta ni adalah kereta kesayangan suaminya.. sayangnyalah pada kereta.. mengalahkan sayang pada isteri pulak.. ngeeee..... ^_^ nyapuk pun tak boleh hinggap tau! apalagilah nak gigit.. hihi


Ini lah keluarga bahagia tu.. semoga kekal hingga ke Jannah. Kepada suaminya selamat ulang tahun ya..

Terima kasih kepada yang membuat tempahan.
Kepada yang ingin membuat tempahan boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179
Tempahan hanya untuk Johor Bahru sahaja. Tiada penghantaran untuk luar JB
Tempahan hendaklah di buat 1 bulan awal..


1 comment:

Unknown said...

Salam sis..suka sangat tengok blog sis..bagi inspirasi buat saya..klu free singgahla ke blog sy ye..raudahkuvitashake.blogspot.com..tq:)

Post Top Ad

test