Search here

Aug 19, 2015

Chocolate Brownies Kedut




Sana kedut.. sini kedut..
Rata-rata ramai yang teruja dengan brownies yang berkedut seribu ini dan menjadi satu fenomena baru pula... walaupun sebenarnya brownies ini dah lama popular dan lebih di kenali dengan namanya Chewy Gooey Yummy Brownies.

Sekarang muncul pula dengan  di berikan nama baru iaitu brownies kedut. Mungkin ianya satu perangkap untuk menarik orang ramai.. atau inginkan kelainan dengan nama baru yang menjadi bualan ramai.

Bagi yang baru.. mesti teruja.. pada hal brownies ni sama sahaja, dari segi resepi mahupun rasanya. Kalau ada perubahan pun adalah.. sana sikit sini sikit di ubah pada sukatan bahannya.

Oklah kerana ramai permintaan maka hari ini ita kongsikan resepi Brownies kedut yang menjadi kegilaan dewasa ini. Yang ita buat ni yang plain sahaja, tiada campuran badam atau coklat cip. Kalau nak letak coklat cip atau badam pun boleh sahaja. Tapi bila letak badam, kena bakar dahulu badam sebelum di campurkan ke dalam adunan.




Ramai yang menyatakan kehairanan.. bagaimana brownies ni boleh berkedut pada permukaannya. Kedutan itu terhasil dari penggunaan coklat masakkan yang banyak dalam sukatan hampir 1/2 kg.
Untuk mendapatkan brownies yang cantik kedutnya dan sedap rasanya, pilihan coklat masakan sangat-sangat mempengaruhi kejadiannya, Pilihlah coklat masakkan yang baik kualitinya. Untuk brownies ita ini, ita menggunakan coklat masakkan jenama Beryl's dan untuk serbuk kokonya ita menggunakan Cacao Barry Extra Brute 100 % coco. Pilihan butter juga pilih butter yang baik dan sebaiknya menggunakan ulsalted butter. Ia akan menghasilkan tekstur brownies yang lebih lembut.

Membuat brownies cukup mudah kerana tidak perlu menggunakan mixer. Hanya gaul dengan wisk atau senduk kayu sahaja. Gaul pun tak perlu kuat-kuat sekadar adunan sebati sudah memadai.

Resepi ini di katakan oleh Cik Cek dan di kongsikan oleh Ayu. Ita ambil pula dari blog Juicy Cafe. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi dengan rakan-rakan. Kepada yang nak cuba jom ikut ita masuk dapur.


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko



Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!


Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.


Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.


Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.


Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.


Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.


Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit


Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.







176 comments:

  1. wow sedapnya kalau makan dengan nutella atau sos coklat nih.

    ReplyDelete
  2. Salam kak ita..gula perang dan gula kastor itu cukup sekadar sebati atau kena pastikan dia hancur sepenuhnya.?

    ReplyDelete
  3. kedut kedut pun nampak sedap kak..yummy

    jemput baca
    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com/2015/08/carta-pertumbuhan-gigi-bayi.html

    ReplyDelete
  4. Nampak sangat melting dan cantik kejadiannya..

    ReplyDelete
  5. Siti salwa ~ gaul sebati aje pun dah ok

    ReplyDelete
  6. nampak sedap sangat kak..saya pun suka guna beryl..kalau pegi kilangnya jadi kelabu mata..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis,kilang beryls kt mn ye?nk pegi jgak..huhu

      Delete
    2. kt mn kilg beryls kak?sy tingin nk p...

      Delete
    3. Kilang beryls ada dekat2 area upm tu..dekat je..area serdang

      Delete
    4. Kilangnya juga ada di Kota Damansara.. kwsn perindustrian

      Delete
  7. Salam kak ita..nak tanya..choc yg dah cair tu kena biarkan sejuk dulu tak sebelum masukkan adunan telur dan tepung?

    TIA :)

    Jemput baca →http://beautysigne.blogspot.com/2015/02/kesan-ajht-seawal-5-hari-hilang-sakit.html?m=1

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sebab sudi kongsi resepi. Saya doakan agar puan dimurahkan rezeki dan diberkati.

    ReplyDelete
  9. eedazz ~ tak kisah, lagipun coklat yg di cairkan kaedah double boiler tu tidaklah terlalu panas. Kalau dia suam2 pun blh masukkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ for the reply ;)
      Nak cuba nanti.

      Delete
    2. Assalamualaikum kak ita... Sy ikot sukatan betul.. tapi pahit sikit la kak.. kenapa ya.. sy guna cocoa powder kedai bakery je.. unsalted butter plak anchor

      Delete
  10. Hi kak Ita...
    cantik benar kejadiannya brownies yg berkedut tu...antara resepi yg ada dlm simpanan...tunggu masa je nak buat...

    ReplyDelete
  11. Sedapnya brownies ni kak ita.


    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  12. ralit sy membaca dan menengok gambar2 Kak Ita.. hihi

    ReplyDelete
  13. ermmm menarik.. terima kasih atas resepi tu... really ispired me..hope that kak ita sihat sejahtera selalu dan dimurah rezeki.. klu sy trun JB teringin rs nak order kek kak ita.. ble jmpa mn2 tuk sy amik nnt.. sy dok seremban ble stahun sekali pasti trun JB jenjaln carik makan.. :)

    ReplyDelete
  14. selalu terliur tengok gambor brownies kedut2 camni kat IG...kalau tengok dari bahan2 nye mesti sedap dan penuh dgn rasa coklat...yum2

    ReplyDelete
  15. yg ni kedut tak pe...org nak awet muda...he..he..he

    ReplyDelete
  16. salam kak ita, klu tak guna tepung naik sendiri boleh x? guna tepung gandum + baking powder or tepung gandum shj?

    ReplyDelete
  17. Mmg sdp brownies kedut ni..saya dh buat sblm ni ikut resepi dr juicy cafe spt Kak ita ikut tu...dan mmg dpt pujian sedara dan kawan2..

    ReplyDelete
  18. Mmg sedap resepi ni..saya ikut resepi dr juicy cafe spt Kak ita..ramai puji ckp sedap :)

    ReplyDelete
  19. Mmg sdp brownies kedut ni..saya dh buat sblm ni ikut resepi dr juicy cafe spt Kak ita ikut tu...dan mmg dpt pujian sedara dan kawan2..

    ReplyDelete
  20. wasalam, techikdrikuini

    blh, guna tpg gandum dan + dgn baking powder sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam kak ita...sy tgh bakar brownies resepi k.ita ni...dah 30mnt tp kenapa tgh mcm xmasak..goyang2 lg ni ha..ni sy bakar lg 10mnt tgk mcmana..ke mmg cmtu kak..hihihi

      Delete
    2. Salam kak ita agak agak sukatan untuk tepung gandum and baking powder berapa ye? Kalau tak pakai tepung naik sendiri

      Delete
  21. Sedap sangat dah cuba. Boleh simpan lama kek ni. Tq

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. as salam. mohon Ita tunjukkan brand apa yg Ita gunakan. nak jugak tau. tq

    ReplyDelete
  24. salam kak ita,

    tumpang tanye, kat mana akak beli "Cacao Barry Extra Brute 100 % coco" tu?

    saya selalu refer resepi masakan kak ita, semua nya sedap2 belaka. mintak halal yea. time kasih kak ita.

    ReplyDelete
  25. salam kak ita,

    tumpang tanye, Cacao Barry Extra Brute 100 % coco tu akak beli kat mane yea?

    lagi satu, saya selalu refer resepi kat blog kak ita ni. semuanya sedap2 belaka. mintak halal yea.

    presentation makanan akak paling cantek penah saya tengok :)
    keep it up ur superb work kak ita!

    ReplyDelete
  26. Menarik-narik rasa hati ini untuk mencuba. Teringat gambar yang ditunjukkan sebiji hadiah pemberian dari kawan baik saya dulu. Tq so much for the sharing dear....

    ReplyDelete
  27. K.ita, nak tanya kenapa bila dh masak biar dlm oven dgn pintu terbuka ye.

    ReplyDelete
  28. Kak ita..saya dah cuba resepi ni semalam..tp nak tanya..kenapa masa tgh masak tgh2 dia membukit...bile dah sejuk die turun...hihi..sy guna tepung gandum+baking powder ...tapi rasa mmg tip top...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry tlg reply. Rasanya sbb api kuat sangat. Saya pun penah jdi mcm tuh. So maybe turunkan 10 degree. Sbb oven kt ni lain2.

      Delete
  29. k.Ita.. Boleh ke adunan yg blm msk tu letak walnut.. Mcm brownise secret resepi tu.

    ReplyDelete
  30. Sedapny tgk brownies akak..baru nk try buat..akak nk tny,butter tu kalau sy guna buttercup biase instead of unsalted butter boleh x?ada beza tak nanti brownies sy?

    ReplyDelete
  31. kelmarin dah try buat tapi tak jadi kedutnya..next time nak try resepi ni pulak..

    terima kasih sudi share resepinya.. ;-)

    ReplyDelete
  32. Kak ita! saya buat hari ni jadi kedut nya! Happy 😁 tq

    ReplyDelete
  33. Salam kak ita, sy tgh bake brownies guna resepi kak ita..yeayy..dh nampak kedutnyer..

    ReplyDelete
  34. Salam kak ita, sy tgh bake brownies guna resepi kak ita..yeayy..dh nampak kedutnyer..

    ReplyDelete
  35. Kalau guna Beryls tapi bukan dark chocolate boleh ke

    ReplyDelete
  36. Tengok gambar pon dah selera tau heeh

    Zahirahhafizan.com

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum... Ita..tgk gmbr pn dh nmpk sdp...tringin nk bt
    Cma nk tnya...klu Kt guna gula perang saja boleh x?

    ReplyDelete
  38. Kak ita coco brand tue akak beli kat mane?

    ReplyDelete
  39. Terima kasih kak azlita for the recipe mmg sedap 👍🏼

    ReplyDelete
  40. Nmpk sedap sis. Nk share resepi ni boleh ye 😊😊😊

    ReplyDelete
  41. Kak azlita..kalau pakai tpg gandum nk sukat cmne ye..campo dgn serbuk penaik kan bnyk mn?

    ReplyDelete
  42. Hahahhh..sy tersalah daaaaa..baking powder ye..sy pg ltk soda bikarbonat..apa jd la brownies ku dlm oven tu😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon penah buat kek silap letak soda... huuhuuu instead of baking powder.. terus jd gunung kinabalu

      Delete
  43. Tambah 1/2 sudu teh b/powder pun ok

    ReplyDelete
  44. Salam k.ita, saya dah Cuba resepi ni dua kali..dua2 menjadi sama macam gambar kat atas ..tq for sharing

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum kak..coklat yg akak gn tu beli kat mn..sp2 tau blh share x..teringin nk buat brownies ni..klau jenama van Houten ok

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum kak..coklat yg akak gn tu beli kat mn..sp2 tau blh share x..teringin nk buat brownies ni..klau jenama van Houten ok

    ReplyDelete
  47. Mmg terbaik rase brownies resepi awak ni..saya dah cuba.wlaupun ada ubah2 sikit due to bahan tak jumpa,masih sedap lg ..hihi..tq for sharing..

    ReplyDelete
  48. tgh berpantang, tapi sy dah macam org mengandung plak, dah beberapa hari teringin nak makan brownies kedut. jumpa resepi senang & nampak sedap. masa utk mencuba!!! 😬

    tq for the recipe! 😘

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum,k.ita..terima kasih byk2, sdui kongsi resepi yg sgt sedap ni..terima kasih byk sbb k.ita byk tlg saya dalam mulakan bisnes saya..k.ita halalkan ilmu yg saya ambil dr blog k.ita ye...semoga k.ita sentiasa dlm lindungan ALLAH...tq k.ita...

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum k.ita sy dah cuba resipi k.ita ni super sedap moist gitu..sy ad try tmbah walut dalam adunan ni dan hasilnyer dia x brp moist dan x kedut..kenapa ye kak ita?

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikom,, terima kasih kerana resepi yg lengkap dan sng utk saya buat.. saya telh merasa kek ini yg dibuat khas daripada ank murid sya thun 6..semoga
    Allah memberkati dan tmbhkn ilmu puan kerana puan adalah seorang yg pemurah..tq..☺

    ReplyDelete
  52. kak ita , kalau gula perang to tukar gula biasa bole tak ?

    ReplyDelete
  53. Assalamualikum . Nk tanya coklat tu ambil masa yg lama ka untuk cair? Anggaran masa?

    ReplyDelete
  54. salam kak ita...coco yg selalu kak ita guna koko ap ye?

    ReplyDelete
  55. salam kak ita..nak ty...coco yg selalu kak ita guna brand ap ye

    ReplyDelete
  56. ok, smua dah saya printscreen, kakak mntak saya buat, nk hntarkan bekas jiran katanya, haa lgpun resipi ni nmpak simple, saya pun xpenah buat brownies, hope menjadi, haha, thanks akak for resipi,.

    ReplyDelete
  57. As salam, sekiranya nk tambah kekacang macam almond .. boleh kea?

    ReplyDelete
  58. Alhamdulillah.. Terima kasih kak kongsikan resepi.. Dua kali buat menjadi.. Siap jual.. Kawan2 semua cakap sedap.. Terima kasih banyak kak.. Mohon dihalalkan ye resepi kak.. :)

    ReplyDelete
  59. alhamdulillah. elok kejadiannya ikut resepi akak. terima kasih! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak..nak bakr brownies ni pkai api aras bawah ker mcana

      Delete
    2. Kak..bakar pakai api atas bawah ker

      Delete
  60. Azlita...sy minta izin utk guna resepi ni ye...tq so much

    ReplyDelete
  61. Akak, knp brownies sy jadik berminyak ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la. Saya buat pun berminyak. Sebab apa ya?

      Delete
  62. bestnya, bahan2 pun tak banyak 👍😁 nak try lahh

    ReplyDelete
  63. Nak Tanya...Kalau nak masak brownies ni pakai api atas ke bawah or pakai api atas dan bawah?

    ReplyDelete
  64. Salam.. dah byk kali buat .. sedapppppp... terima kasih share resepi ni... �� semiga Allah merahmati puan sentiasa hendaknya...

    ReplyDelete
  65. Salam akk nak tanya kalau guna callebaut tu gnti beryl dark choc, sukatan dia tetap 400gm ke?sbb callebaut tu rasa dia mcm pekat sikit rasa dia.

    ReplyDelete
  66. Salam akak,nak tnya ni,kalau saya guna callebaut ganti dark choc beryl tu sukatan dia tetap 400g ke kak?or kena kurangkan sikit sukatannya?sbab pekat sangat rasa choc dia

    ReplyDelete
  67. kilang beryl's kat serdang. tapi kat kedai beryl's tu tak jual coklat masakan.

    ReplyDelete
  68. Mmg sgt sedap brownies nii..jd btul kedutan tuuu...tq so much kak ita..xrugi mncuba resepi dr blog masam manis ni..especially all the tempting and mouthwatering desserts' recipes...luv u la kak ita..credit utk methods yg slalu disertakan ngn photo menarik sebagai guidance..thanx again kak!

    ReplyDelete
  69. Alhamdulillah.. Setelah berkali2 membuat brownies, ternyata resipi yg dikongsi Kak Ita ini paling menambat hati keluarga dan sahabat sy. Terima kasih Kak Ita.

    Kepada yg bertanya tentang bahan2, nak tukar bahan or tukar jenama lain, saya rasa terserah anda bagaimana. Setiap jenama ada 'tugas' tersendiri. Jujur sy katakan, hasil dr resipi ini sama sebijik mcm gambar diatas. Kreatifkan seni masak/baking/makanan kita. Mana tahu, yg anda buat tu lagi cantik kejadiannya, boleh la share..kan? Hehe..

    Thanks Kak Ita..

    ReplyDelete
  70. Assalam Kak Ita,
    saya mohon copy resepi brownies ni tau & cara2 buat dia. Saya tepek kat blog saya untuk rujukan nanti. jgn risau saya give credit kat kak ita siap bagi link blog kak ita. nasib menjadi 1st time buat.. Hehehe.. Tq kak ita share mcm2 ilmu free.. Semoga kak ita murah rezeki & sihat selalu untuk buat kek-kek yg gojes meletop kebabom lagi.. hihihi

    ReplyDelete
  71. Alhamdulillah sedap sangat kak. memang menjadi. Saya dah try tadi, sedapppp!
    mintak tepek kat blog ye kak :)


    http://thekitchenzone.blogspot.my/

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum auntie ita.. Saya suka sangat baca blog auntie. Nak tanya, kalau cairkan coklat dgn butter guna microwave boleh tak ? Thank you for the recipes :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta halal segala ilmu. May Allah bless

      Delete
  73. Salam. Kak ita.. Mcm mana nk buat kedut tu nmpk shining? Sy buat kedut.. Xpi xberkilat mcm akak punya.. Camne ek?

    ReplyDelete
  74. Salam kak sedap kek brownies saya ada oven butterfly 3 tray
    kalau masak kek saya taruk tray tengah betul ke cara masak itu.
    oven saya ada kipas tepi apa fungsi kipas. tq

    ReplyDelete
  75. Salam kak sedap kek brownies. Saya guna oven butterfly 3 tray klu masak kek
    brownies kena letak tray yg mana. Oven saya ada kipas tepi apa fungsi kipas itu. tq

    ReplyDelete
  76. Tq k.ita ilmunye..nak mohon share

    ReplyDelete
  77. dah tryy ! sumpah bestt !!!!!

    ReplyDelete
  78. wahhh nmpk sgt mnyelerakn,kedut dia tu cntik...suka tgk hasil masakan akk,smuanya sempurna...

    ReplyDelete
  79. salam kak ita,
    saya dh try buat semalam..tp xmenjadi..tekstur lembik sangat..kenapa ya? :(

    ReplyDelete
  80. Alhamdulillah....dh try.menjadik.tq kak ita.luv it

    ReplyDelete
  81. Salam akak . Ada sukatan cawan tak buat brownies ni ?

    ReplyDelete
  82. Salam akak . Ada sukatan cawan tak buat brownies ni ?

    ReplyDelete
  83. tgh buat ni .da ckup masa membakar 30 minit tapi knapa masih goyang2 lagi huhu

    ReplyDelete
  84. Salam kak ita. Trima kasih share resipi ni. Ringkas and sedap sgt!! Saya tambah walnut sikit, sbb ade walnut yg tak habis lagi

    ReplyDelete
  85. Salam, saya gunakan loyang 7"x10"..blh x bgtau kuantiti yg perlu saya kurangkan? Maksud saya setiap bahan. Sebab kalau separuh adunan nnti brownies terlalu nipis..harap azlita blh kasi idea ye..tx a lot ��

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum...Puan.

    Mohon kebenaran untuk menggunakan resepi ini..

    - Ayob - De Sue Bakery , Bidor.

    ReplyDelete
  87. Salam kak.. Kalau surface brownies atas tu melengkung maksudnya tak masak lagi ye?

    ReplyDelete
  88. Assalamualaikum kak ita....minta halal ye di atas ilmu yang dikongsi. Brownise ni sangat sedap. 1st time buat terus menjadi. Alhamdulillah syukur.

    ReplyDelete
  89. Assalamualaikum kak ita....minta halal ye di atas ilmu yang dikongsi. Brownise ni sangat sedap. 1st time buat terus menjadi. Alhamdulillah syukur.

    ReplyDelete
  90. Saya pun dh byk kali buat sebijik ikot resepi kak ita...result dia mmg osem...

    ReplyDelete
  91. Akk kalau nak letak coklat chip mcm mana pula kaedahnya.ke cuma tabur atas je

    ReplyDelete
  92. Akk kalau nak letak coklat chip mcm mana pula kaedahnya.ke cuma tabur atas je

    ReplyDelete
  93. assalamualaikum akak , saya nak tanya . kalau topping dengan chocolate ganache sesuai tak ?

    ReplyDelete
  94. akak. kalau guna white compound boleh?

    ReplyDelete
  95. Brownies kedut resipi ni memang sedap sangat. Tak perlu alter resipi, follow 100% step by step. Terima kasih Azlita sebab sudi kongsi resipi brownies yang terlajak sedap ni.

    ReplyDelete
  96. Assalamualaikum wbt kak ita,nak tanya,kalau letak dlm cupcake bole tak brownies ni kak?

    ReplyDelete
  97. Kak ita, saya dpt tahu blog kak ita dari bekas officemate saya.saya nak try buat kek brownies ni dulu...😊

    ReplyDelete
  98. Kalau bakar guna bekas yg aluminum tuhh okay ke ?

    ReplyDelete
  99. Kak ita ssy dah cuba resepi akk ni, mmg sdp kak. :)
    Tq kak..

    ReplyDelete
  100. Salam..saya Dh Cuba resepi..sedap..time kasih ATS perkongsian..

    Sape Yang Nk tahu Pasal produk Mary Kay lawat blog saya. Macam2 Ada..bedak, foundation, lipstick, skin care pun Ada. Yang penting produk memang ohsem..

    ReplyDelete
  101. As salam sis, sy dah cuba resepi ini, brownies tak kedut... tapi berkerutu la.
    Apakah kemungkinan brownies boleh berkerutu ye??

    ReplyDelete
  102. Salam kak. Kalau nak tambah macadamia atau badam atas brownies, bila nak letak ye? Tq ;)

    ReplyDelete
  103. Salam kak. Kalau nak tambah macadamia atau badam atas brownies, bila nak letak ye? Tq ;)

    ReplyDelete
  104. Salam..saya ikut resepi ni Dan bakar suhu 175c 35min tapi kenapa brownies saya basah Dan lembik yaa..

    ReplyDelete
  105. Salam..saya ikut resepi ni Dan bakar suhu 175c 35min tapi kenapa brownies saya basah Dan lembik yaa..

    ReplyDelete
  106. Salam kak ita...nak bakar guna api yg atas bawah ke atau api bawah je. Mekasih kak

    ReplyDelete
  107. Salam kak ita...nak bakar guna api yg atas bawah ke atau api bawah je. Mekasih kak

    ReplyDelete
  108. Alhamdulillah.. Sy dh cuba harini. Kedut menjadi yg pasti rasanya sedap ��������

    ReplyDelete
  109. Salam akak..ni berapa kg satu brownies tu ya?

    ReplyDelete
  110. Dah buat!! Baunya sedap sangat!! Nasib blm buka puasa!! Tq kak :)

    ReplyDelete
  111. Alhamdulillah...resepi tuan empunya ni mnjadi..da 2kli sy buat ..dpt sambutan..syukran kak...😊
    Yg pastinya sedap sgt2...

    ReplyDelete
  112. penggunaan gula tu boleh kurangkan ke atau mmg kena guna seperti dalam resepi

    ReplyDelete
  113. Hi aka ita!! Mmg sedap brownies aka..
    Tlg guide kalu nk jual berapa yea?

    ReplyDelete
  114. nampak sedap sangat kak resepnya..saya pun suka guna beryl..kalau pegi kilangnya jadi kelabu mata..hehehe... aku juga ada resepi Chocolate Cup Cake Sederhana

    ReplyDelete
  115. cantiknya ... belum ada kesempatan cuba resepi coklat kedut ni.. resepinya dah berapa kali tengok dah ni heheh.. tq kak ita share resepi

    ReplyDelete
  116. as salam kak ita. nak tanye.kenapa ye brownies saya tgah bakar tu die naik, ble dah msk tu die turun ke bawah..kenapa ye

    ReplyDelete
  117. Bru siap buat brownies ikt resepi kak ita,skrg tgah renggangkn pintu oven..tp bakar dlm 45mnit suhu 160 drjah..maybe faktor oven masing2..hrp2 elok la kejadian kedutnya..kak ita atau pun siapa yg leh tlg jwb..nk ptong kena tgu sejuk ke?

    ReplyDelete
  118. SAYA DAH CUBE MMG D BEST... BYK KALI CUBE MMG TERBAEK...
    UOLS KALO LEMBEK.. TAMBAHKAN MINIT MASA BAKAR.
    SAYA GUNA 160 C BAKAR 40 MINIT. ALHAMDULILLAH JADIK CUN..

    ReplyDelete
  119. Macam mana nk otter kasi xlembik sgt dan xmanis sgt?

    ReplyDelete
  120. Salam kak ita..saya dah cuba buat..sedap dan saya nak minta izin guna resepi kak ita..nak buat jual..tambah pendapatan..boleh ya..halalkan ya..tq kak

    ReplyDelete
  121. Tq akak, mabelesss resepi ni. Semoga akak sentiasa dlm rahmat ilahi.

    ReplyDelete
  122. Tq akak, mabelesss resepi ni. Semoga akak sentiasa dlm rahmat ilahi.

    ReplyDelete
  123. Assalan...mintak dihalalkan ye menggunakn resepi k.ita ni

    ReplyDelete
  124. Salam, k.ita, saya dah cuba resepi ni rasanya lebih 10 kali, sedap sgt , tapi saya x prnah dpt kedutnya, boleh x kongsi tips mcmana nak dapatkn kedut tu

    ReplyDelete
  125. Salam kak ita..
    Nak tanya kalau guna salted butter boleh ke?
    Jadinya sukatan salted butter perlu kurangkan ke macam mana?

    ReplyDelete
  126. TErima kasih untuk resepi. . dah buat, sangat jadi dan sedap. tapi kenapa keliling brownies kering dan ada lubang2. . tengah2 jek yang cantik.

    ReplyDelete
  127. As salam Kak Ita..jujurnya saya dapat resepi akak daripada rakan..setelah mencuba berkali2 byk lagi perlu saya betulkan..kemudian saya google cari blog akak..lepas baca saya tau dimana kesilapan saya..saya mohon halalkan resepi ni yer akak dunia akhirat..semoga ALLAH sentiasa merahmati dan memberkati Akak...

    ReplyDelete
  128. Tq kak ita...sgt sedap cuma saya derhaka sikit..takdak loyang 10"...saya pakai 8"..jd tebal n tgh cair choc larva yg melting..tp sgt sedap...next time nak cari loyang yg ngam

    ReplyDelete
  129. Yeah....sedap super b la ..skali buat terus jadi😍 Tq sis murah rezeki sis.💕👍🏻

    ReplyDelete
  130. Assalamualaikum azlita saya nk minta halal dh beberapa resepi masam manis saya share tkasih

    ReplyDelete
  131. Assalamualaikum saya nk minta halal sbb dh beberapa resepi azlita saya share

    ReplyDelete
  132. Assalamualaikum azlita saya nk minta halal dh beberapa resepi masam manis saya share tkasih

    ReplyDelete
  133. Resepi ni mmg sedap kalau nak dibandingkan dgn resepi lain. Tapi saya banyak kali buat mesti kat tengah aje kedut. Sekeliling kek tu kering and ada lubang2. Kenapa ya?

    ReplyDelete
  134. wawww.. suka laa tengok nanti nak buat.. suka tengok blog ni gambar dia mmg lawa2.. hahah lagi2 kalau masakan memang rasa nak minta 1 je...hihih..

    ReplyDelete
  135. salam nak tnye, loyang tu gune yg ade lubang bwh tu eh? supaya senang nak bwk keluar..

    ReplyDelete
  136. Thanks kak... da buat mnjadi... sedap sgt... mnta halal ye kak 😙😙😍😍😍

    ReplyDelete
  137. Kak klu nak letak walnut boleh juga kan

    ReplyDelete
  138. Assalam.. bakar dalam oven pkai api atas dan bawah ke?

    ReplyDelete
  139. Saya ikot sukatan sume sama . Tp ade cust saya still ckp manis . Ermmm . Tp cust lain mkn ok je . Dorang kata x manis sgt .

    ReplyDelete
  140. terima kasih atas resepi yang sngt marvelous ni, cuma saya ada derhaka skit resepi sbb x de bhn tu kat rmh tpi mnjdi jg kdut² tu.. Alhamdulillah best guna resepi ni 😍

    ReplyDelete
  141. Dh cuba...mmg sedap xbpe manis sgt. Tambh walnut kt dlm...nyum3.

    ReplyDelete
  142. Salam kak ita,
    Jika menggunakan sepenuhnya gula perang,adakah akan mendapat hasil yang sama? Terima kasih

    ReplyDelete
  143. Terima kasih, alhamdulillah menjadi ikut resepi ni. Saya olah sikit tabur coklat dan almond. Customer puas hati. Gula kurang kan sikit ikut permintaan. Halalkan ya saya ambik resepi ni.

    ReplyDelete
  144. Alhamdulillah menjadi ikut resepi ini. Cuma saya olah sikit ikut permintaan customer yang nak kurang manis. Ditabur juga coklat chip dan almond diatas. Sedap sangat. Halalkan ya saya ambik resepi ini.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.